Tuesday, November 11, 2014

APA MAKSUD QOWIY?

Qowiy ialah kuat atau mantap. Apabila futur kita berasa lemah kerana itu ubatnya ialah menjadi qowiy. Kuat bukan dari segi fizikal tetapi dalaman.

Apabila nak berubah, kita kena lawan dengan diri sendiri yang lama. Contohnya dulu tidak menutup aurat. Kemudian mahu berubah menjadi muslimah. Tak mudah sebab akan ada pihak yang akan menjatuhkan semangat kita dengan pelbagai cara. Dari situ kita akan berasa futur dan untuk bankit semula kit kenalah qowiy.

Kadang-kadang saya sendiri ada terfikir. Sudah menangkah saya dalam peperangan diri sendiri ini? Sudah berjayakah saya menakluk hati menjinakkan nafsu? Jawapan yang disimpulkan masih bercelaru.

Terkadang dirasakan sudah menang. Terkadang dirasakan sudah ditewaskan. Ya..munkin itu semua kerana iman kita yazid (menaik) wa yanqus (menurun).

Iman yazid wa yanqus.
Naiknya kerana taat. Turunnya kerana maksiat. Iman kita menaik kerana taat kepada Allah SWT..

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Sangat2 bermakna dan bermanfaat.
    Alhamdulillah. Izinkan sy kongsi pencerahan maksud qowiy.
    Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mu. Aamiin.

    ReplyDelete